Saturday, April 21, 2012

FAM DENDA FAS RM29500

PENYOKONG GANAS’ – FAM DENDA FAS RM29,500

 | 21/04/2012 1 Comment
Ini pula isu tindakan ganas penyokong Sarawak yang mengakibatkan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) didenda. Kejadian ini berlaku semasa perlawanan antara Sarawak lawan Lions XII FC tempohari. Jawatankuasa Tatatertib FAM telah mendakwa FAS dengan 4 pertuduhan iaitu :
  1. Gagal menyediakan kawalan keselamatan menyebabkan penyokong dan penonton Sarawak membaling botol air hingga terkena kepada pegawai perlawanan menyebabkan FAS didenda RM15,000.
  2. Pegawai dan pemain Lions XII dibaling botol air yang mengakibatkan FAS didenda RM2,500.
  3. Gagal mengawal keselamatan di pintu utama Stadium Negeri menyebabkan penyokong Sarawak bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil iaitu ‘pengadil rasuah’ dan ‘pengadil bodoh’ dan FAS didenda RM6,000.
  4. Kesalahan penyokong menggunakan pancaran laser terhadap penjaga gawang Lions XII menyebabkan perlawanan terhenti selama lima minit menyebabkan FAS didenda RM6,000.
Jadi jumlah keseluruhan denda yang dikenakan FAM keatas FAS adalah RM29,500. Banyak juga tu. Kesian pada FAS. Buat para penyokong Sarawak, sama-samalah kita membantu pasukan negeri masing-masing. Bukan sahaja sokongan anda diperlukan tetapi penyokong yang berdisiplin dan tidak mencemarkan nama pasukan. Jangan benarkan FAM terus mengambil kesempatan lagi.


Gambar FAM kenak HACK masa dolok


LUAHAN AKU :

Bagi aku kes denda ya nang sik sepatutnya oleh FAM. Nampak gilak FAM nang carik mistake club, makin la nangga Sarawak kin UP!! penyokong rami datang stadium alu lah nak molah isu camtok. Sampey lazer pun jadi isu, patut ka...??bagi aku sik patut, dahlah sapport Singapore lahanat ya. Kenak la nya sik saman FAM pun time kiper indon kenak lazer dolok(aku anti marcos indon ya banyak gilak belakon). Tapi sik ada  FIFA nak denda FAM pun. Nok lain ya pikey dik pun jak, mun aku nak komen pun sik guna bukan FAM dengar pun. Sitok jak aku dapat meluah ketidakpuas hati aku tok. Aku tauk banyak Fan Sarawak sik puas ati. Nampak gilak dak FAM sik da duit. Sampey TSAM nak ngomen team Malaysia pun sik boleh cmnelah nak maju. Nang sik boleh dikritik la...Mudah mudahan MALAYSIA BOLEH LA....





No comments:

Post a Comment